DAPATKAN LAVA CHEESE CAKE SPECIAL HANYA DI ZIQ BAKERY!
Tuesday, May 26, 2015
Sunday, May 24, 2015
JUALAN CARAVAN ZIQ DI KT WALK
Jualan Caravan Ziq di KT WALK setiap HARI JUMAAT jam 5 petang - 12 tengah malam..
JOM meriahkan suasana di KT WALK,
Dapatkan produk yang fresh dan semestinya HALAL, di Caravan Ziq..
Antara produk yang Caravan Ziq jual :
Donut Big Boss
Lava Cheese Cake
Mini Pizza
Donut
Kek Swiss Roll
Kek Marble
&
banyak lagi!
JUMPA KAMI DI SANA!
Saturday, May 23, 2015
RAIKAN HARI LAHIR TERSAYANG BERSAMA KEK ZIQ BAKERY!
JOM RAIKAN HARI LAHIR YANG TERSAYANG DENGAN MENEMPAH KEK ISTIMEWA DI ZIQ BAKERY !
ANDA BOLEH CERIAKAN HARI INSAN TERSAYANG ANDA BERSAMA KEK SPECIAL YANG MENGIKUT CITARASA ANDA!
TEMPAH SEKARANG!
UNTUK ORDER SILA HUBUNGI 09-6171528
Tuesday, May 19, 2015
BACKGROUND ZIQ BAKERY
Perusahaan Makanan E-One telah ditubuhkan pada 5hb. Disember 2000
sebagai sebuah syarikat milik tunggal. Pada peringkat awal penubuhan syarikat
ini terlibat dalam industri pembuatan biskut dan kek secara kecil-kecilan dan
tertumpu pada musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina sahaja.
Menyedari potensi dan permintaan yang menggalakan dari pelangan disamping
konsep pemasaran yang dilakukan dipasaraya terkemuka di Kuala Terengganu,
perusahaan ini dibuat secara lebih serius dengan menyewa sebuah rumah 2 tingkat
untuk dijadikan tapak bengkel dan asrama bagi pekerja di Jalan Gong Pak Maseh,
Kuala Terengganu.
Pada bulan Januari 2004 pemilik telah mengambil langkah yang berani
meninggalkan perusahaan yang telah diterokai sebelum ini kepada kakitangan
untuk mendalami ilmu pembuatan makanan dengan lebih serius dengan mengikuti
kursus jangka pendek di Malaysian Institute of Bakery selama 2 bulan. Menyedari
akan keperluan untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang Pastri dan Kek,
pemilik telah menyambung kepada peringkat Diploma Baking Science and
Technology (Malaysian Institute of
Bakery) dan Diploma Patisserie (City & Guide, London).
Melihat akan keadaan pasaran kek, pastry dan bakeri tempatan yang banyak
dimonopoli oleh bukan bumiputera disamping akur dengan tuntutan agama yang
meletakkan satu kewajipan seorang muslim menyediakan makanan kepada orang Islam
yang lain jika tiada pilihan, maka pemilik mengorak langkah berani membuka
sebuah kedai moden menggunakan jenama ZIQ
Bakery & Cake. Dengan berbekalkan modal yang sediada dan ilmu yang
telah ditimba selama lebih dari 2 tahun, ZIQ
Bakery & Cake telah dibuka pada 28 November 2005. Perusahaan ini telah
menjadi perniagaan perkongsian pada Ogos 2008.
Pada 24
November 2010, Ziq Bakery and Cake telah daftarkan di bawah syarikat berhad
menurut syer dan bahawa syarikat ini adalah sebuah syarikat sendirian
iaitu ZIQ BAKERY AND CAKE SDN BHD.
Sunday, May 17, 2015
ABOUT ZIQ BAKERY & CAKE
ZIQ BAKERY AND CAKE
JENIS PERNIAGAAN:
MEMBUAT , MENGEDAR DAN MENJUAL ROTI, KEK, PASTRI, DAN BISKUT.
ALAMAT PEJABAT :
LOT A1, A2, A3 KOMPLEKS KILANG SME BANK, KAWASAN PERINDUSTRIAN CHENDERING 21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN
TELEFON:
09-6171528
FAX:
09-6174278
OUTLET ZIQ BAKERY :
1. GONG KAPAS,KUALA TERENGGANU
2. GONG BADAK,KUALA TERENGGANU
3. MYDIN MALL, TERENGGANU
4.KUALA BERANG,TERENGGANU
5.MYDIN HYPER MALL, MELAKA
Subscribe to:
Posts (Atom)