Tuesday, May 19, 2015

BACKGROUND ZIQ BAKERY


Perusahaan Makanan E-One telah ditubuhkan pada 5hb. Disember 2000 sebagai sebuah syarikat milik tunggal. Pada peringkat awal penubuhan syarikat ini terlibat dalam industri pembuatan biskut dan kek secara kecil-kecilan dan tertumpu pada musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina sahaja.

Menyedari potensi dan permintaan yang menggalakan dari pelangan disamping konsep pemasaran yang dilakukan dipasaraya terkemuka di Kuala Terengganu, perusahaan ini dibuat secara lebih serius dengan menyewa sebuah rumah 2 tingkat untuk dijadikan tapak bengkel dan asrama bagi pekerja di Jalan Gong Pak Maseh, Kuala Terengganu.

Pada bulan Januari 2004 pemilik telah mengambil langkah yang berani meninggalkan perusahaan yang telah diterokai sebelum ini kepada kakitangan untuk mendalami ilmu pembuatan makanan dengan lebih serius dengan mengikuti kursus jangka pendek di Malaysian Institute of Bakery selama 2 bulan. Menyedari akan keperluan untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang Pastri dan Kek, pemilik telah menyambung kepada peringkat Diploma Baking Science and

Technology  (Malaysian Institute of Bakery) dan Diploma Patisserie (City & Guide, London).

Melihat akan keadaan pasaran kek, pastry dan bakeri tempatan yang banyak dimonopoli oleh bukan bumiputera disamping akur dengan tuntutan agama yang meletakkan satu kewajipan seorang muslim menyediakan makanan kepada orang Islam yang lain jika tiada pilihan, maka pemilik mengorak langkah berani membuka sebuah kedai moden menggunakan jenama ZIQ Bakery & Cake. Dengan berbekalkan modal yang sediada dan ilmu yang telah ditimba selama lebih dari 2 tahun, ZIQ Bakery & Cake telah dibuka pada 28 November 2005. Perusahaan ini telah menjadi perniagaan perkongsian pada Ogos 2008.

Pada 24 November 2010, Ziq Bakery and Cake telah daftarkan di bawah syarikat berhad menurut syer dan bahawa syarikat ini adalah sebuah syarikat sendirian iaitu  ZIQ BAKERY AND CAKE SDN BHD.



2 comments: